ANDA ADA PERSOALAN-PERSOALAN BERIKUT?

Jawapan kepada persoalan anda :

1. Kenapa online? 

  • Apabila anda ada kekangan dari segi jarak ke lokasi kelas atau seminar, masa yang terhad, keterbatasan dengan kerja serta yuran kelas maka Online Coaching menjadi medium pembelajaran terbaik untuk anda. Kelas face to face juga ada saya buat.
  • Medium pembelajaran juga adalah platform yang anda gunakan setiap masa seperti Facebook, Youtube, Telegram, laman web serta email.
  • Saya akan ajarkan anda teknik-teknik untuk Intraday, Scalper (tangkap pisau), BTST dan juga swing sehingga anda betul-betul mahir kesemua teknik-teknik berkenaan dan boleh trade dengan yakin.

2. Apa yang Secret Group EzyPro Trading Methods berikan kepada anda?

  • Kesemua silibus-silibus yang anda akan pelajari bersama EzyPro Trading Methods adalah merangkumi semua peringkat daripada betul-betul asas sehinggalah peringkat advanced. 
  • Teknik-teknik yang diajarkan adalah teknik yang berkesan dan telahpun digunakan oleh ramai pelajar-pelajar EzyPro Trading Methods.
  • Anda juga akan diberikan guidance dan support yang berterusan di dalam group dan boleh directly bertanya saya selaku mentor anda bila-bila masa sahaja.
  • Anda juga akan belajar live trade setiap hari bersama-sama mentor anda dan juga boleh hadir kelas-kelas offline yang diadakan secara berkala dari masa ke masa.

3. Apakah perkara paling asas tentang saham yang perlu anda tahu sebelum mula trading saham?

  1. CDS dan trading platform setting.
  2. Fundamental dan teknikal analisis.
  3. Demand dan supply.
  4. Price dan volum.
  5. Support dan resistant.
  6. Trend dan trendline.
  7. Corporate exercise dan announcements.
  8. Teknik trading yang sesuai dengan situasi pasaran semasa.
  9. Sektor dan kaunter-kaunter yang trending.
  10. Candlesticks dan candlesticks patterns.
  11. Cara baca chart, candlesticks chart serta chart pattern.
  12. Dan banyak lagi.

4. Sekiranya saya dah beli sesuatu kaunter saham tapi tiba-tiba tak dapat nak menghadap screen laptop atau komputer, bolehkah saya monitor saham yang saya beli melalui phone sahaja? 

  • Ya boleh. Salah satu contoh adalah menggunakan mobile apps seperti yang diberikan oleh broker Mplus Online. Anda boleh monitor saham anda hanya melalui handphone anda sahaja jika anda tidak berada di hadapan laptop atau komputer anda pada masa tersebut. 
  • Apps pula adalah percuma apabila anda telah buka akaun CDS bersama Mplus (Malacca Securities). 
  • Tetapi maklumat yang lebih lengkap adalah pada platform di laptop atau desktop anda berbanding maklumat di handphone.

5. Berama lama tempoh untuk saya belajar dan berdiskusi di dalam group?

  • Yuran keahlian adalah untuk sekali sahaja seumur hidup, support group juga untuk life time, jadi anda tak perlu risau sekiranya yuran anda akan expire dan keahlian akan tamat.
  • Anda boleh belajar dengan tenang mengikut kesesuaian masa yang anda ada, tak perlu rushing atau kelam kabut.

6. Boleh saya tahu berapa lingkungan umur yang sesuai untuk anda belajar di dalam group?

  • Sebaik-baiknya anda telah berusia 18 tahun ke atas kerana untuk anda layak membuka akaun saham atau akaun CDS anda hendaklah berusia 18 tahun pada hari anda ingin mendaftar akaun CDS tersebut.
  • CDS bermaksud Central Depository System, di mana wang pelaburan anda disimpan di dalam akaun tersebut sebelum anda gunakan wang dari situ untuk beli dan jual saham yang anda pilih. 
  • Dalam bahasa mudahnya adalah akaun perantara untuk anda masukkan duit untuk membolehkan anda beli dan jual saham. 

7. Boleh saya tahu siapa yang sesuai sebenarnya?

  • Sesiapa sahaja sesuai untuk belajar di dalam group dengan syarat anda ada minat dan keinginan untuk belajar ilmu, cara-cara dan teknik-teknik untuk trading  saham.

8. Jika saya masih student adakah saya layak untuk sertai group dan belajar?

  • Semestinya boleh sekiranya anda telahpun berumur 18 tahun ke atas pada masa sekarang.

9. Apakah syarat-syarat untuk melayakkan saya trade saham?

  • Anda hendaklah ada akaun CDS, sekiranya belum ada anda boleh mendaftar untuk membuka akaun CDS di mana-mana cawangan broker atau investment bank atau boleh tanya saya directly cara-cara untuk buka akaun CDS dan anda juga hendaklah ada modal untuk memulakan trading dari duit yang bukanlah bertujuan untuk emergency use.
  • Terdapat lebih kurang 13 broker yang anda boleh buka akaun CDS, melalui kesemua 13 broker-broker ini antaranya adalah Mplus, UOB Kay Hian, RAKUTEN, JUPITER, BIMB, AmInvest, Hong Leong, SJ, RHB, Public, Mercury, Maybank, Kenanga, CIMB, TA, JF Apex, dan Affin Hwang. 
  • Kos untuk buka 1 akaun CDS hanya rm10.00, zero tax. 
  • Buat masa sekarang Mplus menawarkan cas brokerage yang termurah. 

10. Adakah trading saham sama dengan trading forex?

  • Trading saham adalah berbeza daripada trading forex. Forex tiada sandaran syarikat yang menjadi latar belakang trading.
  • Saham di sandarkan kepada syarikat dan bila anda membeli saham sesuatu kaunter yang tersenarai di Bursa Malaysia secara automatik anda telah membeli sebahagian daripada syarikat tersebut dan ianya bergantung kepada berapa unit saham yang anda beli.

11. Adakah trading saham Halal dari segi syariah?

  • Ada saham yang patuh syariah mengikut keputusan panel penasihat syariat bursa saham, dan ada saham yang tak patuh syariah. 
  • Anda boleh dengar penjelasan dalam video di atas ini. 

12. Trading saham ni ada unsur riba ke?

  • Tiada unsur riba bagi saham yang patuh syariah dan apabila anda menggunakan akaun cash sahaja.
  • Kecuali jika anda trade menggunakan duit margin atau hutang dari broker dikenali sebagai trading secara kontra, sekiranya anda tidak ada modal di tangan yang sama nilai dengan margin yang anda gunakan maka anda telah termasuk dalam katergori berjudi dan tidak digalakkan, manakala “leverage” yang diberikan ditakuti termasuk dalam riba. 
  • Saya tidak menggalakkan anda menggunakan akaun hutang atau margin akaun, sebaik-baiknya anda gunakan akaun cash upfront atau akaun cash sahaja.  

13. Saya nak tahu adakah saya boleh rugi dengan trade saham?

  • Trading saham termasuk dalam kategori medium to high risk. Manakala risiko anda bertambah tinggi sekiranya anda tidak ada ilmu tentang trading saham. 
  • Anda boleh rugi jika tiada kawalan risiko dan tiada trading plan yang betul serta tiada mentor yang boleh tunjuk ajar serta guide anda trade saham. 
  • Pelaburan tetap seperti ASB, Tabung Haji, unit trust dan sebagainya masih dikategorikan dalam low to medium risk. Tetapi dari segi potensi keuntungan, melalui saham anda boleh mengatasi potensi keuntungan daripada instrument pelaburan-pelaburan yang lain tersebut.

14. Berapa banyak saya boleh untung trade saham dan adakah berbaloi?

  • Keuntungan bergantung kepada berapa % ROI kenaikan saham yang dibeli, boleh berada di antara 0% sehingga 1000%. Terdapat ramai juga traders yang boleh dapat 5-10% sehari.
  • Ada banyak juga kaunter-kaunter saham yang naik sehingga 50-100% hanya dalam masa beberapa minggu hingga beberapa bulan sahaja.

15. Berapa Modal saya kena ada untuk mula trade saham?

  • Modal untuk anda trade adalah bergantung kepada harga seunit saham yang anda beli. Minimum belian saham di bursa adalah 100 unit atau 1 lot. Jika harga 1 unit saham adalah 10sen, minimum modal anda adalah 10sen x 100 = RM10.00. 
  • Tapi jika modal terlalu kecik sekiranya anda untung masih belum cukup untuk lepas harga brokerage fee pada harga minima rm8 setiap kali beli dan jual saham tersebut. (fee bergantung kepada broker yang anda langgan).
  • Sebaik-baiknya anda ada dalam rm3000 – RM5000 ke atas untuk menjana keuntungan yang lebih nampak. 

16. Ada risiko ke?

  • Risiko tetap ada di dalam trading saham. Tetapi risiko tersebut boleh dikawal oleh anda sendiri. Kawalan risiko hanya dihujung jari.
  • Tidak seperti anda mengeluarkan modal yang besar untuk buka sebuah perniagaan fizikal seperti restoren, di mana kos membina perniagaan tersebut sudah menelan belanja yang besar. 
  • Dari segi pulangan dan kawalan risiko serta modal, kos promosi dan sebagainya memerlukan duit belanja yang besar. Jika tiada sambutan pula, kerugian akan bertambah.
  • Tetapi di dalam trading saham, kerugian anda, anda dapat kawal hanya dengan klik butang stop limit atau cutlost.

17. Sekiranya saya langsung tiada ilmu tentang saham, atau betul-betul zero boleh ke belajar dalam group?

  • Boleh takda masalah sebab silibus yang diajarkan adalah daripada asas sehingga advanced.
  • Tiada orang yang belajar daripada 100% sudah tahu apa yang baru nak dipelajari. Semua orang bermula dari zero dan belajar untuk menambah ilmu step by step sehingga pandai.
  • Ada 3 group telegram untuk diskusi khas untuk student-student, 1 group asas “Babysteps”, 1 lagi group advanced “Wave and Cloud Traders” dan 1 lagi group khas untuk kumpul nota-nota “Pool of Knowledge”. 
  • Anda boleh join ketiga-tiga group sekaligus untuk mempercepatkan pembelajaran anda dan saya akan guide directly di dalam group-group tersebut.

18. Saya tak yakin dengan diri sendiri untuk trade, tak berani nak mencuba takut tak berjaya.

  • Keyakinan akan datang jika ada guide dan support group yang betul. Apabila anda dah bermula dan faham step-step yang betul, anda akan lebih yakin. 
  • Bila ada mentor dan rakan-rakan traders yang sudah berpengalaman memberikan tunjuk ajar, anda akan lebih yakin untuk trade dan belajar dari pengalaman anda serta pengalaman ahli-ahli group yang lain step by step.

19 .Tapi saya tiada modal?

  • Untuk trade saham anda perlu ada modal, jika tiada modal anda tak boleh untuk trade saham.
  • Tetapi sekiranya anda laburkan dulu sebahagian wang anda untuk menimba ilmu anda tidak akan rugi, kerana pelaburan terbaik dalam kehidupan adalah pelaburan untuk ilmu dan belajar sesuatu yang berguna, kerana ilmu sifatnya menjaga dan akan berguna bila tiba masanya.
  • Apabila anda sudah belajar ilmu trading, bila tiba satu masa anda ada rezeki lebih untuk trade anda sudahpun bersedia. Sekiranya anda ketika itu baru nak mencari ilmu trade dengan duit di tangan maka anda akan meletakkan risiko pada modal pelaburan anda. 

20. Saya ada kekangan masa untuk trade saham kerana saya bekerja dari jam 8.00pagi – 5.00ptg.

  • Pasaran saham akan buka setiap hari bekerja isnin sehingga jumaat, manakala sabtu, ahad dan cuti umum pasaran akan ditutup. 
  • Waktu operasi adalah dari jam 9.00pagi sehingga 12.30 tghr dan ditutup untuk rehat tengahari. 
  • Manakala dibuka semula dari jam 2.30petang sehingga 4.45 petang untuk rehat 5 minit dan di sambung kembali dari jam 4.50petang sehingga 5.00petang dan ditutup sehingga esok jam 9.00pagi.
  • Untuk trade saham anda perlukan masa untuk membuat kajian saham dan juga monitor, tidak semestinya sepanjang masa sewaktu pasaran buka, cukup sahaja sejam sehari dari jam 4.00 petang sehingga jam 5.00 petang. 
  • Manakala sebelah malam juga anda tak perlukan luangkan begitu banyak masa, cukup sahaja 30minit hingga sejam sehari untuk kajian saham.

21. Minta maaf saya tak kenal siapa EzyPro Trading Methods, siapa admin, siapa owner group?

  • EzyPro Trading Methods adalah Group Coaching saham online yang dipelopori oleh saya, Dr. Zul Izzi bin Nordin @ Ghani (DDS USM, Remisier Mplus, eCMSRL) dengan niat dan tujuan untuk berkongsi ilmu-ilmu dan teknik-teknik trading saham berdasarkan pengetahuan dan pengalaman trading yang ada. Ada Group online dan juga kelas offline.
  • Group ini ditubuhkan sejak Jun 2016. Tujuan utama saya adalah untuk perkongsian pengalaman trading, menggunakan teknik yang proven dan berkesan secara lebih mudah anda gunakan untuk trade dan kurangkan risiko trading anda.
  • Ini adalah kerana ramai antara traders yang belajar ilmu saham tetapi masih lagi tercari-cari rentak dan panduan yang boleh dijadikan sandaran.
  • Apabila ramai traders yang loss dan hilang semangat disebabkan tiada support group yang bagus maka lahirlah Group Online Coaching EzyPro Trading Methods sebagai rescue boat yang menyelamatkan trader-trader yang hanyut. 
  • Anda boleh lihat page facebook EzyPro Trading Methods di link ini https://www.facebook.com/EzyProTradingMethods/ untuk maklumat terkini pasaran saham dan update harian di page.

22. Boleh ke saya faham kalau belajar secara online ni?

  • Belajar secara online lebih berkesan kerana anda boleh ulang-ulang video silibus sehingga faham , anda boleh pause dan play semula, boleh direct bertanya soalan dalam group support telegram dan sebagainya serta boleh PM saya (admin) direct untuk diskusi secara lebih personal.

23. Tak susah ke nak belajar online?

  • Belajar akan jadi susah jika tiada guide dan panduan dari guru yang betul. Belajar saham juga tak terkecuali. Tapi belajar saham tak susah jika anda ada guide untuk  fokus apa yang perlu dipelajari berdasarkan silibus-silibus yang diajarkan. Anda tidak akan teraba-raba seorang diri nanti.

24. Apa kelebihan belajar dalam group nie berbanding group-group lain?

  • Group support yang sentiasa on, friendly, silibus yang lengkap dan detail, ada diskusi kaunter-kaunter menarik dan berpotensi serta teknik-teknik yang sentiasa dibincangkan di dalam group.
  • Selain itu ada juga kelas coaching offline jika anda memerlukan kelas bersemuka dengan harga yang berpatutan untuk perserta baru dan ahli online Secret Group EzyPro Trading Methods.

25. Boleh saya tahu dah ramai ke yang berjaya?

  • Alhamdulillah setakat ini ramai student yang sudah berjaya meraih profit secara konsisten.
  • Maksud konsisten bukanlah win untuk setiap kali trade, tetapi dikira dari jumlah win melebihi jumlah loss dalam satu-satu batch trading.
  • 1 batch boleh diwakili oleh 10 kali trade. Sebagai contoh dalam 10 kali trade ada 6 win dan 4 loss atau 7 win dan 3 loss.  

26. Boleh saya tahu pengalaman trade tuan berapa lama dah?

  • Saya mula belajar saham dari tahun 2008 melalui pembacaan dan kajian kounter.
  • Tetapi sebelum itu saya juga mendapat pendedahan awal tentang saham daripada arwah ayah semasa beliau masih hidup ketika itu saya masih bersekolah menengah.
  • Tapi saya mula trading secara serius dari tahun 2016 sehingga sekarang kerana tidak lagi terikat dengan jadual waktu kerja yang padat dan sudah ada modal untuk trade.
  • Saya adalah seorang dentist sebelum ini bekerja sepenuh masa. Sekarang hanya part time dentist, almost full time trade. 

27. Kalau saya tak pandai english boleh ke?

  • Boleh takda masalah kerana semua silibus yang diajarkan adalah dalam bahasa melayu.
  • Cuma anda perlu memahami banyak istilah-istilah yang anda baru kenali di dalam pasaran saham yang saya ajarkan juga di dalam silibus. 

28. Saham bukan untuk orang kaya je ke?

  • Trade saham tidak semestinya anda seorang yang kaya raya.
  • Asalkan anda ada modal untuk trade dalam rm1000 hingga rm5000 sahaja pun anda dah boleh trade dengan selesa dan boleh jana keuntungan, dengan syarat anda ada ilmu saham serta teknik-teknik trading yang betul. 

29. Secret Group EzyPro Trading Methods menyediakan anda 14 silibus video online (buat masa sekarang) yang berdurasi di antara 30 minit sehingga 2 jam lebih : 

  • Anda boleh lihat atau study berulang-ulang, pause dan play, rewind, fast-forward video berkenaan. 
  • Anda tidak terikat dengan kekangan masa, lokasi dan jarak yang memerlukan anda drive ke lokasi kursus. 
  • Anda tidak tergesa-gesa dan boleh luangkan masa semaksima mungkin hanya apabila anda ada kelapangan.
  • Anda boleh hadam ilmu yang diajarkan dengan lebih berkesan.
  • Seterusnya anda dapat menjimatkan belanja untuk kos petrol, tol, bayaran hotel, tiket parking, tidak perlu ambil cuti semata-mata untuk hadir ke kelas dan tidak perlu rushing ke lokasi kursus.
  • Secara tidak langsung anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga anda untuk belajar.

30. Secret Group Online Coaching dan life support melalui Telegram dan Facebook khas untuk ahli-ahli Secret Group :

  • Support yang consistent, anda boleh bertanya apa sahaja soalan berkenaan saham, bila-bila masa dan di mana sahaja, berkaitan sebarang pertanyaan tentang silibus yang diajarkan jika ada kekeliruan atau tidak faham. 
  • Anda ada mentor dan guide yang boleh menjadi tempat rujukan anda dan anda tidak akan lost touch dengan tenaga pengajar anda.
  • Anda boleh membuat keputusan dengan lebih yakin dalam trading anda.
  • Sekaligus boleh mengurangkan kesalahan ketika trade kerana ada guide dan tunjuk ajar direct. 
  • Anda tidak hilang fokus dalam trading kerana tahu exactly apa yang berlaku dalam pasaran semasa.
  • Boleh meningkatkan win position dan mengurangkan loss position.
  • Secara tidak langsung anda boleh jadi trader yang lebih pro dan berjaya. 

31. Apa yang Group Online Coaching EzyPro Trading Methods ada berbanding yang lain :  

  • Ada video silibus yang disediakan sebagai rujukan utama student-student yang lengkap dan detail.
  • Online Group Coaching yang aktif dan supportive untuk guide anda.
  • Live trade harian di dalam group dengan perbincangan kaunter-kaunter yang berpotensi, yang best dan tidak best untuk anda kaji dan pilih serta diskusi teknik-teknik yang digunakan.
  • Kelas Advanced Teknik Direct Coaching yang diadakan dari masa ke masa khas untuk ahli-ahli yang perlukan pembelajaran face to face dan live trade secara direct.
  • Pembelajaran menggunakan pelbagai medium platform yang berguna seperti Facebook, Youtube, Telegram, email dan laman web.

32. Video silibus penerangan disediakan dalam bahasa Melayu dan menggunakan Power Point Presentation: 

  • Anda akan lebih mudah faham apabila penerangan dalam bahasa Melayu dan paparan Power point yang jelas dan padat dengan maklumat-maklumat tentang saham.
  • Penerangan istilah-istilah yang baru bagi anda dalam dunia saham dalam bahasa yang lebih mudah membantu kefahaman anda dengan lebih cepat berbanding istilah-istilah di Google dalam english.
  • Background musik yang saya kira membangkitkan semangat anda untuk kekal fokus ketika belajar. 
  • Kelebihan menggunakan Power Point adalah kerana ianya digunakan secara meluas di rata-rata universiti sebagai medium pembelajaran dan pengajaran dan menarik untuk dilihat. 
  • Anda dapat mengurangkan masa untuk faham berbanding membaca teks tulisan di buku-buku dan menjimatkan serta memendekkan masa pembelajran anda. 

33. Silibus rakaman dari kelas-kelas / seminar saham yang telah dianjurkan sebelum ini : 

  • Anda berpeluang untuk belajar direct daripada silibus-silibus tersebut dan tidak perlu lagi hadir kelas berkenaan kerana topik perbincangan yang 100% sama diajarkan di dalam video penerangan dengan kelas yang dianjurkan.
  • Peserta yang telah hadir ke kelas juga lebih beruntung kerana dapat ingat kembali apa yang telah dipelajari di dalam kelas tanpa ketinggalan sebarang maklumat yang telah dipelajari sebelum itu.
  • Anda tidak perlu lagi hadir kelas revision yang sama kerana teori yang diajarkan adalah sama.
  • Anda hanya perlu hadir kelas revision untuk live trade sahaja jika perlu kerana sifat pasaran saham yang berubah-ubah dan dinamik.
  • Secara tidak langsung anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga anda kerana tidak perlu hadir kelas yang sama berulang-ulang kali. 

34. Facebook dan Telegram support group yang sentiasa online :

  • Anda akan dapat maklumat-maklumat terkini daripada update di Fb dan Telegram daripada admin dan ahli-ahli group yang lain yang sudah berpengalaman dalam trading. 
  • Anda secara tidak langsung akan tahu di mana untuk dapatkan sumber-sumber maklumat yang berguna sepanjang belajar di dalam group. 
  • Anda tidak akan ketinggalan dari segi maklumat. 
  • Perkongsian kaunter-kaunter yang berpotensi dan teknik-teknik yang proven juga membantu anda trade dengan lebih yakin.
  • Secara tidak langsung anda dapat meningkatkan winning position dalam trading anda di atas tunjuk ajar dan panduan yang ada di dalam group. 

35. Maaf jika saya tanya, berbaloi ke dengan yuran yang dibayar?

  • InsyaAllah saya beri jaminan apa yang anda akan pelajari di dalam Group Online menggunakan silibus-silibus yang diajarkan adalah amat berbaloi dengan yuran yang anda bayar. 
  • Anda akan tahu apabila mula belajar, kerana tidak ada Group saham yang mengajarkan perkara yang sama dengan EzyPro Trading Methods dengan group support yang amat aktif dan membantu.

36. Macam mana untuk saya nak jadi ahli Secret Group Online Coaching tu?

  • Untuk menjadi ahli secret group anda hanya perlu buat bayaran untuk yuran keahlian dan admin akan terus add ke dalam group dan anda boleh terus mula belajar.

37. Berapakah harga keahlian untuk saya sertai Secret Group Online Coaching EzyPro Trading Methods?

  • Terdapat 3 level pembelajaran yang boleh anda pilih berdasarkan tahap kedudukan ilmu saham anda sekarang. 
  • Pembelajaran Level Public Free. 
  • Pembelajaran Level Basic Core RM450.00. 
  • Pembelajaran Level Advanced RM799.00.
  • Pembelajaran Level ProTraders RM1200.00. 

38. Saya ingatkan yuran nak belajar saham dalam group nie mahal sebab ye la kan, ilmu buat duit?

  • Untuk pengetahuan anda yuran adalah amat berpatutan, ini adalah kerana nilai kesemua silibus yang diajarkan sekiranya jika anda ingin belajar satu persatu di kelas-kelas saham di luar sana, nilai silibus tersebut sahaja melebihi nilai RM10,000.00

39. Macam mana untuk saya buat bayaran untuk sertai Secret Group Online Coaching dan mula belajar ?

  • Anda boleh membuat bayaran boleh buat ke akan maybank 153104092851 @ cimb 7616163109 atas nama Zul Izzi Nordin dan admin akan approved kemasukan anda ke dalam group Online coaching serta merta untuk anda memulakan step by step pembelajaran anda tentang ilmu-ilmu trading saham.

40. Macam mana cara untuk saya hubungi direct admin EzyPro Trading Methods?

  • Anda boleh hubungi saya di Telegram atau WhatsApp menggunakan link yang ada di icon di bawah ini.
  • Anda juga boleh PM saya direct di page Facebook. Boleh klik sahaja icon Fb di bawah ini juga. 
  • Boleh juga email saya di alamat email :  izziprohealth@gmail.com / izzizul@gmail.com.
  • Saya jarang angkat phone call di atas sebab-sebab tertentu. Tapi jika text saya akan reply dengan pantas, insyaAllah. 
  • Selamat belajar saya ucapkan. 
    • https://t.me/izzizul
    • https://www.wasap.my/60108182358/saham

ANDA DAH Follow SKS Channel?

Sertai Channel Telegram “Sharing Kaunter Saham” sekarang untuk ikuti perkongsian kaunter-kaunter saham berpotensi setiap hari percuma!

Nama

E-mail

Sila Cek Dalam Folder Spam Email jika anda tidak terima sebarang email link ke SKS Channel.